Tuesday, September 15, 2009

PENGENALAN EQ


Istilah EQ (Emotional Intelligence) mula-mula diperkenalkan oleh ahli psikologi Peter Salovey (Universiti Harvard) & John Mayer (Universiti Hampshire) pada tahun 1990-an. Pada mulanya teori ini banyak disangkal oleh beberapa cendikiawan lain kerana EQ tidak boleh disamakan dengan IQ atau keupayaan kognitif. Namun apabila pelbagai kajian dibuat. Akhirnya ia terpaksa diakui. Lihatlah sendiri dengan kaca mata kita. Betapa ramainya umat akhir zaman ini yang mulai menghidap "Penyakit Mental". Penyakit yang saya sebutkan disini bukan penyakit yang memerlukan ubat tetapi penyakit kerana kurangnya Kepintaran Emosi yang patut dimiliki oleh setiap individu. Emosi berasal dari perkataan latin "Emover" yang bermaksud bergerak, kegembiraaan. Kecerdasan atau Kepintaran Emosi mencakupi pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta kemampuan memotivasikan diri sendiri dan bertahan menghadapi kegagalan, kesanggupan mengendalikan dorongan hati & emosi. Daniel Goleman ahli psikologi yang seterusnya mempopularkan teori EQ ini berjaya membuktikan 80% kejayaan seseorang itu bergantung pada EQ manakala 20% sahaja pada IQ. Kejayaan yang dimaksudkan disini ialah kejayaan di alam kerjaya terutamanya. Sewaktu kajian saya di peringkat Sarjana Muda saya. Saya temui beberapa maklumat yang mengatakan "Chief Executive Officer" (CEO) Malaysia ramai kekurangan EQ. Mereka pandai berkata-kata namun apabila muncul saat untuk mengerjakan sesuatu perkara kepada kakitangan bawahan mereka. Mereka menjadi tewas dalam aspek Emosi. Maka dengan itu, nilai-nilai seperti perasaan manusia iaitu kepercayaan, harapan, pengabdian, cinta seluruhnya lenyap dalam pandangan kognitif (Mohd Azhar, 2004). Maka kita tidak harus menilai IQ sahaja tetapi perlu juga memberi perhatian pada nilai EQ. Pada posting seterusnya akan saya cuba kongsikan EQ dan kaitanya dengan Islam.

Best Regards,

"Edutainment Motivator"

No comments:

Post a Comment