Thursday, September 17, 2009

"Kepimpinan Qalbu"


Sebagai pemimpin kita tidak akan lari daripada mengalami masalah dilemma yang mempunyai kaitan hati (QALBU). Sebagai manusia/makhluk yang dicipta oleh ALLAH S.W.T. Kita telah dikurniakan Roh. Hadirnya Roh membawa erti wujud juga emosi. wujudnya emosi memberi makna kita mempunyai hati yang akan mempengaruhi setiap tindakan yang kita lakukan. Cuba kita lihat, apabila kita melakukan dosa/maksiat. Sesuatu yang bertentangan dengan fitrah kita. Hati kita akan jiwa gelisah. Ini bermakna. Qalbu kita turut dipengaruh. Justeru itu, sebagai pemimpin kita haruslah pandai menyatu padukan antara Qalbu dengan Tindakan aqal (IQ), Qalbu (EQ). Juga tidak terlupa dengan impak yang akan berlaku pada fizikal kita. Adakah kita peka dengan bahasa badan kita. Sosial. Adakah tindakan kita mempengaruhi hubungan sesama manusia kita atau dengan Pencipta kita. Seterusnya nilai-nilai keagamaan kita. Spiritual. Pelbagai lagi isu-isu yang akan dikupas dalam program "Kepimpinan Qalbu" saya yang akan insyaALLAH dijalankan bersama adik-adik Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM), UiTM Melaka pada bulan oktober ini. Diharapkan pengalaman saya bersama JPM hingga kini dapat sedikit sebanyak membantu kepimpinan baru akan datang untuk terus maju dan menkorporatkan diri mereka sebagai Pendakwah Profesional.

Hiduplah keranaNYA,

"Edutainment Motivator"


No comments:

Post a Comment