Friday, September 18, 2009

Bagaimana meransang "EQ" kita?

Salam penghujung ramadhan...moga ramadha ini sedikit sebanyak dapat mendidik diri kita menjadi Hamba Allah S.W.T yang bertaqwa. Ada beberapa persoalan yang terlintas pada diri saya tentang bagaimana meransang EQ kita. maka dengan itu ingin saya berkongsikan beberapa tips berdasarkan bacaan saya pada beberapa buah buku yang saya jadikan rujukan.Antara cara yang dapat dilakukan bagi meransang EQ kita ialah melalui:

1. Mengiktiraf perasaan diri sendiri.
Pada sesuatu ketika kita hendaklah mengiktiraf diri kita sendiri. Maksudnya perasaan/emosi/jiwa kita pada saat tertentu. Sebagai Contoh, apabila kita rasa seronok. Kita bolehlah sebut "Saya rasa seronok" ataupun jika kita kecewa kerana rakan kita. Secara terus cuba luahkan padanya "Saya rasa kecewalah dengan kamu"...dengan nada sebagai rakan. Ini bergantung pada sejauh mana kita rapat dengan rakan kita. (Depends on the relationship) Jika rakan kita iut baru kenal satu atau dua hari. Maka tak sesuai untuk kita berkata begitu. Mungkin ianya boleh dikatakan begini. "Sebenarnya saya rasa kecewa ni....tapi takpela......) Maknanya kita kene luahkan perasaaan kecewa kita pada waktu sama kita menjaga emosi rakan kita dengan mengiktiraf EQ dia juga.

2. Tahu membezakan IQ & EQ
Contohnya Saya lihat (IQ) & Saya rasa (EQ)
Saya fikir itu tidak masuk akal (IQ) & Saya rasa tak sesuai (EQ)

3. Menggunakan EQ untuk membuat keputusan (Decision Making)
Kadang2 sebagai pemimpin atau pembuat keputusan. Kita tidak boleh menggunakan akal semata-mata untuk membuat keputusan. Sebagai contoh, jika kita sebagai majikan. Kita mempunyai beberapa staf. Apabila menjelang musim perayaan. Sudah tentu keluarga kakitangan kita membuat pelbagai persiapan untuk meraikannya. Maka pada ketika ini. Kita sebagai majikan tidak patut hanya menggikut protokol undang2 semata untuk memberikan hari bercuti pada mereka. Contohnya, mungkin staf kita yang bujang tidak berkahwin tidak perlukan hari bercuti yang panjang. Berbeza pula dengan yang dah berkahwin. Maka pada ketika ini kita harus menggunakan EQ kita pula. Berikan tempoh lebih untuk kakitangan kita yang berkeluarga untuk bercuti. Mungkin tambahan satu atau dua hari berpatutan. Bergantung pada organisasi tersebut. Ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi emosi kakitangan kita. Mereka akan faham bahawa kita ini membuat keputusan yang bijaksana. Bukan berdasarkan protokol atau akademik.

19/9/09

"Edutainment Motivator"

No comments:

Post a Comment