Sunday, September 6, 2009

Antara EQ dan IQ


Sejak kecil kita dididik agar mengasah IQ kita. IQ bermaksud Intelligence Quotient atau Intelectual Capacity to think. Namun begitu sejak kebelakangan ini. Beberapa cendikiawan seperti Dr. Daniel Goleman menemukan atau mempopularkan tentang EQ. Emotional Intelligence. Fakta menjelaskan EQ membantu 80% menentukan kerjaya kita. sedangkan IQ 20% sahaja. Jika ini benar. Maka kepentingan Akademik tidak akan menjadi kepentingan utama. Walau apa pun hujahnya. Mengikut kajian yang telah saya lakukan sewaktu peringkat Ijazah Sarjana Muda saya dalam bidang Sains Pentadbiran. Saya telah membuat kajian tentang "Hubungan antara EQ dan Prestasi Kerja Kakitangan MPSJ" memang benar. EQ menjadi faktor utama berbanding IQ dalam alam pekerjaan. Sebenarnya EQ bukanlah perkara baru. Ianya telah pun dikenalkan oleh baginda S.A.W lagi. Ini dapat dilihat bagaimana baginda dapat mengawal perasaan sewaktu seorang arab badwi kencing di dalam masjid. Baginda S.A.W tidak menyuruh sahabatnya untuk memarahinya. Bahkan baginda meminta sahabat baginda untuk membersihkan najis tersebut selepas selesai si arab badwi tersebut menyampaikan hajatnya. Nabi s.a.w menegur secara berhikmah. Banyak lagi yang kita akan dapat lihat sekiranya kita menghayati sirah Nabi Muhammad S.A.W.

 

No comments:

Post a Comment