Thursday, January 14, 2010

Program Qalbu Study Skills di Rumah Kasih Harmoni, Sg. Buloh



Saya dan sahabat saya Mohd Ramlan Mohd Arshad, telah berjaya menjayakan Program "Qalbu Study Skills". Saya bersyukur kerana modul yang saya jayakan ini hanya mengambil masa 3bulan untuk menyiapkannya. Tidak sangka program ini dapat dijalankan secepat begini. InsyaAllah, di bawah naungan BAHA CREATIVE CONSULTANTS, kami akan mempopularkan dua modul baru ini yang diberi nama " Qalbu Study Skills " dan "Qalbu Development".

Nantikan di pasaran ya!

Monday, December 7, 2009

Program Generasi Idaman Selangor - 2












Syukur sekali lagi, saya telah selesai menjalani program Generasi Idaman Selangor untuk kali keduanya di Sekolah Sri Pintar di shah alam pada 18 Nov yang lepas. Program ini berjalan dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Slot yang paling menarik bagi saya ialahTeknik "Sapaan SPIES" saya. Saya rasa cukup seronok apabila dapat deliver mesej saya atau dalam erti kata lain berkongsi pengalaman bersama adik-adik pelajar darjah 3,4,5 dan 6.

Friday, October 30, 2009

SPIES - 11


Warga BCC selesai menjalankan program SPIES siri - 11 bertempat di Kalumpang Resort. Peserta kali ini terdiri daripada Jabatan/Agensi dari TNB, LHDN, POS, MBSA, KUIS, SYABAS, PLUS & Pejabat Daerah & Tanah KLANG. Program kali ini di jalankan oleh 3 orang perunding yang berpengalaman iaitu Tn. Hj. Bahrom, Tn. HJ. Yatim & Tn. Hj. Abas serta urusetia eksekutif iaitu En. Syed Faizal, En. Siddiq, Cik Nur Syuhaidah, Cik Noor Faradilla serta dibantu oleh fasilitator saudara Eddie dan Zaki. Program ini berjalan lancar dan tahniah di ucapkan kepada semua pihak yang telibat dalam menjayakan program SPIES siri yang ke - 11 ini!!.

Wednesday, October 14, 2009

SPIES SIRI 9



SYUKUR DAN SELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W. BCC SEKALI LAGI BERJAYA MENJALANKAN PROGRAM SPIES BAGI KAKITAGAN KERAJAAN BAGI KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL. SAYA BERSAMA TEAM BCC...TERUTAMANYA TOK GURU SAYA TN. HJ. BAHROM ABU BAKAR. BERJAYA MEMBUATKAN PESERTA SPIES KALI INI MERASA DIRI MEREKA DIHARGAI DAN MENGGERATKAN KASIH SAYANG.

Monday, September 28, 2009

Mengapa SPIES?

SPIES menggabungkan lima unsur utama iaitu Spiritual, Fizikal, Intelektual, Emosi & Sosial. Lima-lima unsur ini apabila di integrasikan ia menjadi Holistik. Sebagai contoh jika seseorang individu itu mempunyai kelima-lima unsur ini. Beliau akan tahu apa tujuan dia hidup di dunia ini. Dari aspek Spiritual. Tujuan kita hidup sudah tentulah kerana ALLAH...pencipta kita.

Tujuan Tuhan menciptakan manusia untuk beribadah kepada-Nya
Ibadah dalam konsep islam disini bukan hanya ibadah Ruhaniah, atau sekadar hubungan vertikal antara manusia dengan Tuhannya.
Ibadah disini luas sekali cakupannya, bahkan makan pun bisa dikatakan sebagai ibadah.
Dalam islam dikenal ada tiga jenis hubungan :
1. Hubungan Manusia dengan Tuhan
2. Hubungan Manusia dengan manusia (sosial).
3. Hubungan Manusia dengan alam sekitarnya.
Dan, dalam Islam dianjurkan untuk semua hubungan itu seimbang. Kita tidak boleh hanya shalat, puasa, dzikir, dsb. Sedangkan kita menyakiti orang, berbuat kerusakan, dsb.Islam menjunjung tinggi nilai keseimbangan. Dalam Islam kita harus seimbang dalam hal kehidupan akhirat dan duniawi, semuanya haruslah seimbang. Karena itu pernah ada sahabat Rasulullah yang kerjaanya cuma shalat, puasa, berdiam di masjid, tidak bekerja dan tidak menafkahi istri / bahkan tida kberistri. Rasulullah kemudian menegurnya, yaitu bahwa dalam setiap jiwa dan raga itu mempunyai hak dan kewajiban. kita punya kewajiban untuk menafkahi istri, kita juga mempunyai hak untuk makan, minum, punya istri,dsb.

Mengetahui tujuan hidup tidak akan terlepas dari siapa yang memberikan kehidupan sebagai asal kehidupan itu sendiri, dan mengetahui asal dari kehidupan tidak bisa terlepas dari pengenalan terhadap diri sendiri, sebagai mana dijelaskan oleh Imam Ali a.s. dalam Nahjul Balaghah bahwa, “Awwaluddiin ma’rifatuhuu…” artinya “Awal agama adalah mengenal Allah”. Yang telah memberikan kehidupan. Dalam kesempatan yang lain Imam Ali a.s. menyatakan, “Siapa yang mengenal dirinya pasti mengenal Tuhannya”. karan diri adalah ego yang sering membuat manusia itu egois dengan dirinya, lupa akan siapa dirinya yang tercipta dari segumpal darah menjadi segumpal daging serta tanah tak tak bernilai, jika manusia sadar mengapa dia tercipta dari tanah yang rendah dan slalu diinjak injak pasti dia akan menyadari bahwa hidupnya hanyalah seorang budak yang setiap saat tunduk serta merendahkan diri dan siap untuk menerima injakan dan cobaan dari Penciptanya. Dalam hal ini Self-managing sangat berperan untuk lebih mengetahui dengan jelas apa yang ingin kita capai, selanjutnya adalah mengelola diri kita untuk mencapai tujuan tersebut.


(http://id.answers.yahoo.com/question/index?qid=20080827215358AAZWy6I)

Sunday, September 27, 2009

Profile Trainer


;


<>Syed Faizal B. Sitheek Rahman merupakan “Profesional Junior Trainer” di BAHA Creative Consultants (952429-P).

<>Beliau merupakan graduan UiTM dari Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi. Diploma Pentadbiran Awam, UiTM Melaka & Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran, UiTM Malaysia. Berpengalaman mengendalikan program motivasi lebih dari 5 tahun.

<>Merupakan penerima “Anugerah Tokoh Kepimpinan Pelajar Diploma Pentadbiran Awam 2007” dari Pengarah UiTM Melaka, Dato’ Dr. Mizan B. Hitam.

Merupakan “Penceramah Bertauliah” bawah Jabatan Agama Islam Selangor.

Ahli Pertubuhan perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia. (TAMRIN)

Kini berkhidmat sebagai Eksekutif Pentadbiran & Latihan bagi BAHA Creative Consultants juga sebagai Profesional Junior Trainer melatih Kakitangan Kerajaan daripada mana-mana Kementerian/Jabatan/Agensi.

Merupakan Fasilitator Sambilan bagi En. Osman Affan “Smart Study” www.osmanaffan.com

Beliau juga bekas Naib Presiden Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM) UiTM Melaka.

Juga pernah memegang beberapa jawatan penting bagi persatuan/kelab seperti:
Komander Kesatria UiTM Melaka, INSAN, DiPAC, Ketua Sekretariat MPP 2007, Ketua Biro Kaunseling Sekretariat MPP Fakulti Shah Alam, Fasilitator GPMS Shah Alam.

Vokalis Kumpulan Nasyid “EVOIS” Entertainment Voice Of Islamic Students

Kini dalam proses menyambung pelajarannya dalam bidang Executive Master in Administrative Science, Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, UiTM Malaysia dan menyiapkan Modul “Qalbu Development” bagi program latihan Kakitangan Kerajaan.

Saturday, September 19, 2009

EID MUBARAK


Saya & seluruh warga kerja BAHA Creative Consultants (BCC) ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri...maaf zahir dan batin. Moga Syawal tahun ini memberi seribu satu macam erti kepada diri kita semua dan menjadikan kita matang dalam semua aspek terutamanya kematangan Emosi (EQ), Rasional (IQ) dan keutuhan kerohanian (SQ).....

Friday, September 18, 2009

Bagaimana meransang "EQ" kita?

Salam penghujung ramadhan...moga ramadha ini sedikit sebanyak dapat mendidik diri kita menjadi Hamba Allah S.W.T yang bertaqwa. Ada beberapa persoalan yang terlintas pada diri saya tentang bagaimana meransang EQ kita. maka dengan itu ingin saya berkongsikan beberapa tips berdasarkan bacaan saya pada beberapa buah buku yang saya jadikan rujukan.Antara cara yang dapat dilakukan bagi meransang EQ kita ialah melalui:

1. Mengiktiraf perasaan diri sendiri.
Pada sesuatu ketika kita hendaklah mengiktiraf diri kita sendiri. Maksudnya perasaan/emosi/jiwa kita pada saat tertentu. Sebagai Contoh, apabila kita rasa seronok. Kita bolehlah sebut "Saya rasa seronok" ataupun jika kita kecewa kerana rakan kita. Secara terus cuba luahkan padanya "Saya rasa kecewalah dengan kamu"...dengan nada sebagai rakan. Ini bergantung pada sejauh mana kita rapat dengan rakan kita. (Depends on the relationship) Jika rakan kita iut baru kenal satu atau dua hari. Maka tak sesuai untuk kita berkata begitu. Mungkin ianya boleh dikatakan begini. "Sebenarnya saya rasa kecewa ni....tapi takpela......) Maknanya kita kene luahkan perasaaan kecewa kita pada waktu sama kita menjaga emosi rakan kita dengan mengiktiraf EQ dia juga.

2. Tahu membezakan IQ & EQ
Contohnya Saya lihat (IQ) & Saya rasa (EQ)
Saya fikir itu tidak masuk akal (IQ) & Saya rasa tak sesuai (EQ)

3. Menggunakan EQ untuk membuat keputusan (Decision Making)
Kadang2 sebagai pemimpin atau pembuat keputusan. Kita tidak boleh menggunakan akal semata-mata untuk membuat keputusan. Sebagai contoh, jika kita sebagai majikan. Kita mempunyai beberapa staf. Apabila menjelang musim perayaan. Sudah tentu keluarga kakitangan kita membuat pelbagai persiapan untuk meraikannya. Maka pada ketika ini. Kita sebagai majikan tidak patut hanya menggikut protokol undang2 semata untuk memberikan hari bercuti pada mereka. Contohnya, mungkin staf kita yang bujang tidak berkahwin tidak perlukan hari bercuti yang panjang. Berbeza pula dengan yang dah berkahwin. Maka pada ketika ini kita harus menggunakan EQ kita pula. Berikan tempoh lebih untuk kakitangan kita yang berkeluarga untuk bercuti. Mungkin tambahan satu atau dua hari berpatutan. Bergantung pada organisasi tersebut. Ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi emosi kakitangan kita. Mereka akan faham bahawa kita ini membuat keputusan yang bijaksana. Bukan berdasarkan protokol atau akademik.

19/9/09

"Edutainment Motivator"

Thursday, September 17, 2009

"Kepimpinan Qalbu"


Sebagai pemimpin kita tidak akan lari daripada mengalami masalah dilemma yang mempunyai kaitan hati (QALBU). Sebagai manusia/makhluk yang dicipta oleh ALLAH S.W.T. Kita telah dikurniakan Roh. Hadirnya Roh membawa erti wujud juga emosi. wujudnya emosi memberi makna kita mempunyai hati yang akan mempengaruhi setiap tindakan yang kita lakukan. Cuba kita lihat, apabila kita melakukan dosa/maksiat. Sesuatu yang bertentangan dengan fitrah kita. Hati kita akan jiwa gelisah. Ini bermakna. Qalbu kita turut dipengaruh. Justeru itu, sebagai pemimpin kita haruslah pandai menyatu padukan antara Qalbu dengan Tindakan aqal (IQ), Qalbu (EQ). Juga tidak terlupa dengan impak yang akan berlaku pada fizikal kita. Adakah kita peka dengan bahasa badan kita. Sosial. Adakah tindakan kita mempengaruhi hubungan sesama manusia kita atau dengan Pencipta kita. Seterusnya nilai-nilai keagamaan kita. Spiritual. Pelbagai lagi isu-isu yang akan dikupas dalam program "Kepimpinan Qalbu" saya yang akan insyaALLAH dijalankan bersama adik-adik Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM), UiTM Melaka pada bulan oktober ini. Diharapkan pengalaman saya bersama JPM hingga kini dapat sedikit sebanyak membantu kepimpinan baru akan datang untuk terus maju dan menkorporatkan diri mereka sebagai Pendakwah Profesional.

Hiduplah keranaNYA,

"Edutainment Motivator"


Tuesday, September 15, 2009

PENGENALAN EQ


Istilah EQ (Emotional Intelligence) mula-mula diperkenalkan oleh ahli psikologi Peter Salovey (Universiti Harvard) & John Mayer (Universiti Hampshire) pada tahun 1990-an. Pada mulanya teori ini banyak disangkal oleh beberapa cendikiawan lain kerana EQ tidak boleh disamakan dengan IQ atau keupayaan kognitif. Namun apabila pelbagai kajian dibuat. Akhirnya ia terpaksa diakui. Lihatlah sendiri dengan kaca mata kita. Betapa ramainya umat akhir zaman ini yang mulai menghidap "Penyakit Mental". Penyakit yang saya sebutkan disini bukan penyakit yang memerlukan ubat tetapi penyakit kerana kurangnya Kepintaran Emosi yang patut dimiliki oleh setiap individu. Emosi berasal dari perkataan latin "Emover" yang bermaksud bergerak, kegembiraaan. Kecerdasan atau Kepintaran Emosi mencakupi pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta kemampuan memotivasikan diri sendiri dan bertahan menghadapi kegagalan, kesanggupan mengendalikan dorongan hati & emosi. Daniel Goleman ahli psikologi yang seterusnya mempopularkan teori EQ ini berjaya membuktikan 80% kejayaan seseorang itu bergantung pada EQ manakala 20% sahaja pada IQ. Kejayaan yang dimaksudkan disini ialah kejayaan di alam kerjaya terutamanya. Sewaktu kajian saya di peringkat Sarjana Muda saya. Saya temui beberapa maklumat yang mengatakan "Chief Executive Officer" (CEO) Malaysia ramai kekurangan EQ. Mereka pandai berkata-kata namun apabila muncul saat untuk mengerjakan sesuatu perkara kepada kakitangan bawahan mereka. Mereka menjadi tewas dalam aspek Emosi. Maka dengan itu, nilai-nilai seperti perasaan manusia iaitu kepercayaan, harapan, pengabdian, cinta seluruhnya lenyap dalam pandangan kognitif (Mohd Azhar, 2004). Maka kita tidak harus menilai IQ sahaja tetapi perlu juga memberi perhatian pada nilai EQ. Pada posting seterusnya akan saya cuba kongsikan EQ dan kaitanya dengan Islam.

Best Regards,

"Edutainment Motivator"

Monday, September 14, 2009

PROGRAM AULAD JIM



SEKALI LAGI SYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T SAYA BERKESEMPATAN MENGIKUT PROGRAM BERSAMA JIM. PROGRAM AULAD MERAIKAN RAMADHAN DI MASJID TUDM SUBANG. PROGRAM INI TELAH DIHADIRI OLEH KANAK-KANAK BERUMUR 7 HINGGA 12 TAHUN. ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIADAKAN IALAH SEPERTI UKHWAH GAMES, KUIZ RAMADHAN, TADARUS QURAN, SOLAT DHUHA. SAYA MERASAKAN PROGRAM INI SEDIKIT SEBANYAK MEMBANTU PARA PESERTA UNTUK MENINGKATKAN ILMU MEREKA. RAKAN-RAKAN FASI LAIN JUGA AGAK SUPPORTIVE DAN SAYA DAPAT MENAMBAH KENALAN SAYA SEPERTI SAUDARA HAFIZ, KAMAL, ASRUL, ABG BAI. INSYAALLAH MOGA KITA BERJUMPA LAGI PADA MASA AKAN DATANG.



Sunday, September 6, 2009

PROGRAM BCC ADALAH TERBAIK.


"Saya telah mengikuti puluhan kursus sama ada di dalam atau di luar negeri yang merangkumi pelbagai perkara. Namun, berbanding dengan kursus yang lain, kursus anjuran BCC adalah yang terbaik yang pernah saya alami. Kursus anjuran BCC lain dari yang lain kerana ia melibatkan sentuhan kerohanian, hati dan perasaan saya. Program ini telah memberikan kesedaran dan keinsafan kepada saya betapa pentingnya mengukuhkan hubungan kemanusiaan dalam organisasi ke arah menjadikan organisasi menjadi hebat dan cemerlang." Demikian intikata En Mohd Nasim, Ketua Juruaudit MBJB yang telah mengikuti Kursus Pembimbing Rakan Sekerja Bina Insan 'Adzim (PERASA B'ADZIM) TAHAP SATU yang dikendalikan BCC. 

QALBU DEVELOPMENT

Alhamdulillah seperti yang dijangkakan. Modul "Qalbu Development" yang menggunakan pendekatan islamic, spiritual, fizikal, intelektual, sosial dan emosi akan dijadikan suatu program yang akan disasarkan kepada golongan pelajar sekolah, universiti, kakitangan kerajaan. Diharapkan Modul ini akan dapat membantu kita untuk menjadi insan yang tahu bertempat dan sedar akan peranannya di mata masyarakat dan Tuhan. Trainer Pak Syed telah diamanahkan oleh BAHA Creative Consultants untuk menjalankan program tersebut bagi golongan Pelajar Sekolah dan Universiti.

Antara EQ dan IQ


Sejak kecil kita dididik agar mengasah IQ kita. IQ bermaksud Intelligence Quotient atau Intelectual Capacity to think. Namun begitu sejak kebelakangan ini. Beberapa cendikiawan seperti Dr. Daniel Goleman menemukan atau mempopularkan tentang EQ. Emotional Intelligence. Fakta menjelaskan EQ membantu 80% menentukan kerjaya kita. sedangkan IQ 20% sahaja. Jika ini benar. Maka kepentingan Akademik tidak akan menjadi kepentingan utama. Walau apa pun hujahnya. Mengikut kajian yang telah saya lakukan sewaktu peringkat Ijazah Sarjana Muda saya dalam bidang Sains Pentadbiran. Saya telah membuat kajian tentang "Hubungan antara EQ dan Prestasi Kerja Kakitangan MPSJ" memang benar. EQ menjadi faktor utama berbanding IQ dalam alam pekerjaan. Sebenarnya EQ bukanlah perkara baru. Ianya telah pun dikenalkan oleh baginda S.A.W lagi. Ini dapat dilihat bagaimana baginda dapat mengawal perasaan sewaktu seorang arab badwi kencing di dalam masjid. Baginda S.A.W tidak menyuruh sahabatnya untuk memarahinya. Bahkan baginda meminta sahabat baginda untuk membersihkan najis tersebut selepas selesai si arab badwi tersebut menyampaikan hajatnya. Nabi s.a.w menegur secara berhikmah. Banyak lagi yang kita akan dapat lihat sekiranya kita menghayati sirah Nabi Muhammad S.A.W.

 

Friday, September 4, 2009

Video Intro SPIES BCC

BCC program bersama Hospital Melaka di ROMPIN


Pada bulan Ogos BCC seramai tiga orang.
PAK OM, Syed dan Siddiq telah ke Rompin, Pahang untuk menjalankan kursus kepada Warga Kerja Hospital Melaka di Rompin Pahang. Perjalanan kami ke sana mengambil sepanjang malam. Pak Om hanya sempat tidur sebentar sahaja kurang sejam. Namun begitu alhamdulillah, kami dapat menjalankan program dengan jayanya. 

Recording EVOIS




Evois Berjaya membuat rakaman "PRE recording for demo" Lagu : "BERSAMA SELAMANYE"

Staff BCC berbuka


Pada 1 september staff BCC Syed, Siddiq & Cued telah berbuka di rumah Cued. Demi mengeratkan hubungan antara staff kami telah berbuka di rumah Cued di Keramat Jaya 2. Terima kasih kepada ibunya Puan Rahmah bt. Majid kerana menyediakan masakan kari bagi kami. Ukhwah Fillah Abadan Abada.

Majlis Berbuka BCC


Syukur kepada ilahi. Selawat dan salam kepada nabi s.a.w. BCC telah berjaya mengadakan majlis berbuka puasa pada 4 september di Agrotek Garden Resort di Hulu Langat. Walaupun majlis ini berlangsung secara sederhana. Ianya memberikan kesan yang positif kepada pihak yang banyak membantu kami. Tahniah kepada Eksekutif Pemasaran & Perhubungan Awam BCC Cik Nursyuhaidah Bt. Abd. Sukor kerana berjaya organize this event...

Thursday, September 3, 2009

Majlis Berbuka Puasa BCC

BCC akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama konsultan yang banyak membantu. Juga tidak terlupa bersama pelanggan2 yang banyak memberi sokongan kepada pihak BCC. Diharapkan dengan adanya majlis sebegini. Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terasa dihargai. Sememangnya Pihak BCC tidak melupakan jasa kalian.

Monday, August 31, 2009

BCC telah menjalankan 8 siri SPIES


Alhamdulillah, selawat dan salam kepada Nabi junjungan s.a.w. BAHA Creative Consultants telah berjaya menjalankan 8 siri SPIES dengan jayanya. Dengan menjalankan program SPIES. BCC juga mula mendapat tempahan dari pelbagai agensi kerajaan dan Badan Berkanun untuk menjalankan program SPIES bagi pihak mereka. Ini menunjukkan satu penerimaan yang baik. InsyaALLAH BCC akan "deliver our best" bagi memastikan setiap warga kakitangan mendapat yang terbaik daripada kami.